Mungkin ramai yang tidak tahu di mana lokasi restoren ini berada kerana kedudukannya sedikit dijalan belakang jalan pulai ke Kampung Batu Papan berada di hadapan pintu masuk Kampung Batu Papan dan di tepi jalan besar manakala makanan utama yang popular disini adalah berasaskan ikan kolam iaitu gulai ikan tilapia kolam dan ada juga gulai ayam.
Tetapi boleh dikatakan pelanggan yang datang ke sini adalah kerana ingin merasakan nikmat gulai ikan tilapia yang di katakan popular sejak sekian lama. Ikan yang dihasilkan adalah daripada kolam bersebelahan restoren itu sendiri, itu yang menjadikan uniknya kerana ikan disitu telah lama di ternak di kolam itu yang bersebelahan dengan gua.
Tetapi jika stok ikan tidak mencukupi beliau terpaksa mengambil daripada luar untuk memenuhi hati pelanggan yang datang di restorennya.
waktu operasi bermula 9.00 pagi - 2.00 petang
Nusuk Cafe Gua Musang berada di rumah kedai berhadapan taman etnobotani di laluan ke perumahan taman kesedar putra 2.
KAMI MENYEDIAKAN HIDANGAN SHELLOUT DAN IKN BAKAR DENGAN SOS ISTIMEWA KAMI !
Antara Menu Yang Ada...
Kredit : lobaisantai
Restoran ini dibina di sebelah kiri jalan (Kuala Lipis - Gua Musang) dengan sebuah kolam buatan dasar semulajadi yang berekar-ekar luasnya.
Keistimewaan Restoran Bayu Lenang ini adalah sangat sesuai untuk sekeluarga yang penat merehatkan badan. Di sini terdapat masakan panas yang lazat terutamanya menu berasaskan Thailand dan ala-Chinese pada harga yang sangat berpatutan.
Keistimewaan lain boleh didapati disini....