Nama : Badruzzaman Bin Mat Nasir
Umur : 33 Tahun
Ahli : 25 Ogos 2021
Latar belakang
- En badruzzaman merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan di daerah gua musang, beliau mula menceburi bidang ini secara kecilan pada tahun 2020 iaitu awal perintah kawalan pergerakan (pkp) kerana ingin mencari sumber pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Jualan hanya kepada kenalan terdekat sahaja dalam sekitar RM100 – RM200 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh pusat ekonomi digital gua musang, beliau kini telah mempunyai pelbagai platform seperti facebook, shopee dan kemahiran adobe photoshop untuk membuat design produk, kelas microsoft office pula untuk membuat rekod stok masuk dan keluar dan kelas shoppe untuk platform jualan. Pilihan platform shopee adalah kerana penggunaan trafik yang luas di seluruh malaysia.
Nama : Shahrul Bariah Binti Ismail Umur : 34 Tahun Ahli : 10 Ogos 2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mempunyai 2 orang anak, menjalankan perniagaan secara kecilan hanya di rumah. Tinggal di kampung baru pinggir bandar gua musang.
Beliau mula menceburi dalam bidang pakaian ini pada 2 tahun lepas sehingga ke hari ini.
Urusan jual beli secara kecilan sekitar di kampung – kampung dan kenalan rapat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan platfom shopee, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui shopee dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.
Nama : Ali Bin Mohamed Noor Umur : 42 Tahun Ahli : 12 Aug 2017 |
Latar Belakang
En ali merupakan seorang penganggur beberapa tahun lepas dan sekarang sedang mengusahakan gerai kecil untuk kehidupan langsung hidup yang kini agak mencabar. Beliau sudah kenal pusat internet agak lama sehinggalah selepas pengumuman kerajaan yang mengatakan untuk perbaharui lesen perniaga boleh dibuat secara online, en ali terus berhubung dengan petugas pusat internet untk mengetahui lebih lanjut kerana memerlukan kepakaran it.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
sebelum ini en ali datang ke pusat internet hanya untuk bersama hari komuniti sahaja oleh itu beliau tidak menggunakan perkhidmatan internet sepenuhnya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
Selepas penglibatan pusat internet, en ali sudah mempunyai emel sendiri kerana setiap pendaftaran dalam talian memerlukan emel yang sah.
Kini en ali sudah boleh memperbaharui lesen perniagaan melalui secara onine menggunakan web ezbiz di pusat internet dengan bantuan petugas.
Nama : Zulkipli Bin Yazid Umur : 57 Tahun Ahli : 1 Jun 2017 |
Latar belakang
Menjalankan perkhidmatan ubahsuai exzoz kenderaan dan yang berkaitan dengan pertukangan besi, bermula pada tahun 1990 rpt kesedar sungai terah di kediaman sendiri.
Berpindah ke jalan persiaran raya yang pada tahun 1992 yang kini telah menjadi pusat membeli belah.
Berpindah kali ketiga ke simpang pulai pada tahun 2005 sehingga kini.
Beliau bergarah bermula secara solo dan kini sudah ada 2 orang pekerja yang membantu dalam kerja – kerja seharian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.
Nama : Nur Saadah Binti Mat Rani Umur : 20 Tahun Ahli : 18 OKT 2016 |
Latar belakang
Cik nur saadah merupakan anak tempatan gua musang yang tingal di kampung tanah putih, mempunyai 7 adik beradik beliau merupakan anak bongsu, masih lagi belajar dan sekarang pernah menjalankan beberapa kursus di pusat internet gua musang. Beliau meminati bidang perniagaan ketika pertama kali mengikuti kurus keusahawanan di pusat internet dan beliau memberanikan diri untuk bermula sekecil – kecil perniagan secara online di dalam platfom shopee yang kini amat popular di malaysia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan hanya tertakluk kepada facebook biasa dan whatapp sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media shopee menjadikan pasaran amat luas dan tidak terbatas pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi. Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan. Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.