Nama : Nurul Syuhada Binti Yaacob |
Latar Belakang
Nurul syuhada mula mengenali pusat internet pada tahun 2016 lagi, dia hanya menggunakan kemudahan komputer hanya untuk melayari laman sosial facebook sahaja bersama kawan sekolahnya pada hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum diberi latihan, Nurul Syuhada hanya tahu melayari laman sosial facebook sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan kelas latihan asas yang diberi oleh petugas pusat internet nurul syuhada telah dapat menambah kemahiran ICT seperti mempelajari asas Microsoft Office Word, Blog, Editing Gambar dan lain – lain yang belum dipelajarinya sebelum ini, beliau teruja kerana bidang ICT ini luas dengan pelbagai kelas komputer yang ada. Sebelum ini hanya anggapan ICT sebagai permainan dan laman sosial sahaja.
USAHAWANAN KECIL PRODUK MAKANAN
Nama : Muhammad Saiful Bin Salleh |
Latar Belakang
En muhammad saiful merupakan seorang OKU (kecacatan tangan) yang merupakan ahli pi gua musang sejak 2015 lagi. Beliau merupakan anak jati gua musang yang berusaha mengeluarkan dirinya sendiri serta keluarga dari belenggu kemiskinan dengan menjalankan perniagaan secara bergerak di pasar malam dan juga event yang diadakan sekitar gua musang.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
En Saiful sebelum ini sedang mencari haluan sendiri untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Setelah berkenalan dengan PI dan kerap kali ke Pusat Internet, beliau Nampak lebih berkeyakinan dalam perniagaannya.
Sebelum ini beliau tidak tahu terdapat banyak peluang untuk belajar di PI yang boleh digarap untuk mencapai tujuan para peserta. Kelas latihan Microsoft office, bengkel keusahawanan, pembelajaran e-learning dan pelbagai lagi sedikit sebanyak membuka ruang untuknya lebih kreatif dalam perniagaan yang kini berdaya saing.
Selain itu, tiada tempat atau platform lain yang lebih dekat dengan komuniti berbanding telecentre lain untuk pengguna terus kepada agensi kerajaan atau urusan online yang kini semakin meluas penggunaannya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas dan latihan yang dijalankan di PI Gua Musang, Saiful Berjaya membawa dirinya untuk ke suatu tahap yang membanggakan khususnya bagi seorang yang kelainan upaya (OKU).
Urusan online dan peluang-peluang yang ditawarkan melalui media atas talian dapat beliau sertai dan tidak ketinggalan untuk mengikutinya.
Pernigaan beliau yang bergerak memerlukan maklumat yang cepat dan pantas. Kebergantungan kepada acara-acara besar yang berlaku memerlukan beliau lebih agresif dalam melakukan rutin kerja mendapatkan informasi terkini contohnya tapak jualan dalam acara tertentu seperti Hari Belia peringkat Kebangsaan, Sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri dan sebagainya yang berlaku di sekitar Gua Musang dapat beliau ikuti dan tidak terlepas peluang.
Ini menunjukkan kepandaian beliau dalam menggunakan sumber media baru yang dimanfaat oleh orang seperti nya kadangkala bagi orang yang biasa pun belum tentu.
Itu merupakan kejayaan yang besar yang boleh dibanggakan. Semoga Saiful terus Berjaya dengan hasil usahanya InsyaAllah
USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN
NAMA : Rosmaliza Bt Che Isa UMUR : 35 Tahun AHLI : 2016 |
Latar Belakang
Puan rosmaliza usahawan kecil produk makanan di daerah Gua Musang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rosmaliza merupakan usahawan kecil yang menjual pelbagai makanan, bermula hanya sekitar kampung Rancangan Tanah Pemulihan KESEDAR (RPT), beliau sedar akan teknologi terkini yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan hadir ke Pusat Internet Gua Musang untuk menimba sedikit ilmu berkaitan yang boleh digunakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau ingin mempelajari kaedah pemasaran semasa iaitu pemasaran atas talian. Beliau ke Pi Gua Musang bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial seperti Facebook, Installgram, Whatapp dan lain - lain. Dengan teknik pemasaran atas talian ini beliau dapat mengurangkan kos iklan kerana kini hanya perlu menghabiskan data sahaja berbanding sebelum ini dengan kos minyak, kos cetakan dan lain- lain. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi Gua Musang dapat juga meningkatkan hasil pendapatan bulannya.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Rosmaliza tetap berkunjung ke Pi Gua Musang bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas dan supaya tidak ketinggalan akan kemajuan ICT kini yang semakin laju kehadapan.