BELAJAR MENGGUNA KOMPUTER

  • Nama    : Che Mohd Arif Bin Che Muhamad Yusoff
  • Umur     : 27 Tahun
  • Ahli        : 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang lepasan sekolah yang tinggal agak jauh dari kemudahan dan bandar. Dengan bantuan abangnya yang sanggup menghantarnya ke pusat internet gua musang demi untuk adiknya yang ingin belajar komputer seperti orang lain tercapai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak tahu dan tidak pernah menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan bantuan petugas pusat internet, beliau sudah pandai menggunakan komputer dengan baik selepas melalui sesi pembelajaran yang agak panjang iaitu hampir 3bulan. Beliau kini boleh melayari internet, menggunakan emel dan menggunakan microsoft office 2010.

USAHAWAN KECIL KEDAI PAKAIAN MUSLIMAH / PERALATAN HAJI DAN UMRAH

  • Nama    : Faridathul Azrina Bt Mohd Yasin
  • Umur     : 49 Tahun
  • Ahli        : 2015

 

Latar belakang

Menjalankan perniagaan pakaian Muslimah di sekitar kawasan Gua Musang melalui lot kedai yang disewa di bandar lama gua musang. Juga menjalankan urusniaga mencari pelanggan melalui cara biasa dengan menjual borong kepada peniaga pasar malam yang ada di sekitar Gua Musang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya menjual pakaian di pasar malam yang berada di sekitar gua musang dan kepada kawan – kawan atau kenalan kawan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Instagram, beliau dapat meluaskan pasaran menjual pakaiannya kepada sesiapa sahaja. Malah beliau boleh mensasarkan siapakah yang diingini untuk dijadikan sasaran pelanggan. Melalui aplikasi di facebook beliau boleh mengisih dan memilih bakal pelanggan secara lebih spesifik.

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE

  • Nama  : Ramlah Bt Mohd Hanapiah
  • Umur   : 31 Tahun
  • Ahli      : 2018

Latar Belakang

Puan Ramlah sudah lama menggunakan microsoft office tetapi beliau tidak begitu mahir dan terbantuk dalam melakukan kerja – kerjanya sebagai kerani. Oleh itu beliau nekad untuk mempelajarinya sehingga mahir. Dan beliau terlihat iklan di dalam facebook Pusat Internet, iklan belajar komputer yang menarik minatnya untuk mengetahui akan kewujudan Pusat Internet, Di Pusat Internet Gua Musang beliau kini boleh belajar dengan percuma sehingga mahir menggunakan Aplikasi Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI Puan Ramlah tahu menggunakan tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh pusat internet gua musang, puan ramlah sudah boleh menggunakan microsoft office dengan maksimum dalam kerja – kerjanya sebagai kerani, beliau kini boleh membuat kerja tenang kemas dan masih lagi membuat rujukan kepada pusat internet jikalau masih ada yang masih keliru atau tidak faham.

USAHAWAN KECIL PAKAIAN BUNDLE

  • Nama : Mohamad Hafiy Hazwan Bin Razi
  • Umur : 19 Tahun
  • Ahli : 2011
  • Latar belakang
  • En Hafiy Hazwan telah menjual pakaian Bundle secara kecil – kecilan di sekitar gua musang semenjak 2 Tahun Yang lalu.

  • Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

  • Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau secara langsung. Pelanggan beliau dari daerah Gua Musang dan Luar daerah juga mengetahui produk jualan beliau melalui laman sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini bertambah dari yang sebelumnya.

BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER DENGAN BETUL DAN BERINTERNET

Nama  : Abdul Manaf Bin Mat Daud
Umur   : 45 Tahun
Ahli      : 2016

 

Latar belakang

Mempunyai sebuah komputer tetapi tidak pandai menggunakannya hanya memerhatikan anak – anaknya bermain sahaja, disebabkan perasaan ingin tahu dalam dunia teknologi masa kini terdetik dihatinya untuk mempelajari di Pusat Internet Gua Musang dalam mengetahui cara – cara mengunakan komputer dengan betul.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak tahu langsung tentang penggunaan komputer dengan hanya memerhatikan anak – anaknya bermain sahaja dan perasaan ingin tahu menjadikan beliau melibatkan diri dengan pusat internet gua musang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan bersama pi beliau sudah ada peningkatan terhadap cara – cara penggunaan komputer menjadikan perasaannya gembira dengan apa yang dipelajarinya. Beliau juga boleh menggunakan peralatan mouse,keyboard dan juga melayari internet dengan teknik – teknik berkesan.