BELAJAR MENAIP
|
Latar Belakang
Puan Rohani terdetik di hati ingin belajar komputer apabila di beritahu oleh rakannya yang sedang belajar di pusat internet gua musang. Dengan diperkenalkan oleh rakannya puan rohani terus ke pusat internet berkenaan untuk belajar sehingga boleh menggunakan komputer dengan betul dan dibantu oleh petugas.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Puan Rohani tidak mengetahui langsung untuk menggunakan peralatan komputer atau berkaitan dengannya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, Puan Rohani sudah pandai membuat surat dan menaip kerja – kerja berkaitan dengan sendiri
PERNIAGAAN TRAVEL
|
Latar belakang
Menjalankan perniagaan travel dengan mencari pelanggan di sekitar kawasan Gua Musang melalui kenalan sahaja kerana masa yang terhad akibat masih dengan komitment kerja sebagai penjawat awam. Dengan mengenali pusat internet apabila di diperkenalkan oleh sahabat untuk menghadiri kelas yang diadakan telah membuka peluang seluasnya untuk beliau menggunakan kesempatan ini dalam memperluaskan perniagaan yang dimikinya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya mencari pelanggan di sekitar gua musang dan kepada kawan – kawan atau kenalan kawan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penggunaan internet dan media social, beliau dapat meluaskan pasaran perkhidmatannya kepada sesiapa sahaja. Malah beliau boleh mensasarkan siapakah yang diingini untuk dijadikan sasaran pelanggan. Melalui aplikasi di facebook beliau boleh mengisih dan memilih bakal pelanggan secara lebih spesifik.
|
Latar belakang
Menjalankan perniagaan produk makanan bermasak dan makan segera seperti burger, pizza, kek coklat dan pelbagai jenis minuman di sekitar Gua Musang. Fokus perniagaan adalah di pasar-pasar malam dan pada acara keraian serta tempat tumpuan orang ramai. Menjual makanan bermasak segera.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya menjalankan perniagaan disekitar tempat tinggal dan kepada jiran atau kenalan sahaja. Sangat terhad dan pelanggan juga terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Instagram, beliau dapat meluaskan pasaran menjual produk makanan ini kepada sesiapa sahaja. Malah beliau boleh mensasarkan siapakah yang diingini untuk dijadikan sasaran pelanggan.
MEMBUAT DAN MENCETAK SURAT.
|
Latar Belakang
En Daud merupakan seorang kakitangan dipejabat daerah , beliau mengenali pusat internet apabila di minta oleh pejabat daerah supaya menghadiri kelas asas di pusat internet. Selepas mengenali dengan lebih dekat beliau nekat ingin belajar komputer kerana amat memerlukan pengetahuan itu untuk memudahkan kerja – kerjanya dan juga menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan cekap.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet En Daud tidak pandai membuat surat, mencetak dan juga melayari internet dan memerlukan bantuan daripada petugas.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, En Daud kini sudah pandai menaip surat menggunakan microsoft office, mencetak dan juga melayari internet tanpa bantuan petugas.
USAHAWAN MENJUAL MAKANAN BERASASKAN AIS KRIM DAN KEK
|
Latar belakang
Menjalankan perniagaan menjual makanan kek dan ais krim di sekitar kawasan Gua Musang melalui kawasan tumpuan orang ramai di bandar lama gua musang. Juga menjalankan urusniaga mencari pelanggan melalui cara biasa dengan menjual borong pasar malam yang ada di sekitar Gua Musang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya menjual makanan kek dan ais krim yang berada di sekitar gua musang dan perkhidmatan kepada kawan – kawan atau kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan urusan penjualan barang niaga sangat mudah diuruskan. Pernah juga mencuba sesuatu yang baru hasil daripada carian sendiri melalui internet, namun tanpa dorongan dan bantuan dari pihak pusat internet ianya sukar dicapai. Saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam perniagaan saya semoga ianya menjadi titik mula untuk saya mengembangkan lagi perniagaan saya