Nama : Shahrul Bariah Binti Ismail Umur : 34 Tahun Ahli : 10 Ogos 2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mempunyai 2 orang anak, menjalankan perniagaan secara kecilan hanya di rumah. Tinggal di kampung baru pinggir bandar gua musang.
Beliau mula menceburi dalam bidang pakaian ini pada 2 tahun lepas sehingga ke hari ini.
Urusan jual beli secara kecilan sekitar di kampung – kampung dan kenalan rapat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan platfom shopee, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui shopee dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.