Nama   : Natasha Idha Binti Sarman
Umur    : 24 Tahun
Ahli       : 26 Jul 2020

 

Latar belakang

 

Merupakan agent jualan coway sepenuh masa, mencari pelanggan hanya melalui kenalan facebook, whatapps sahaja. Bermula dalam 2 tahun yang lepas beliau menjalankan perniagaan ini kerana tidak menpunyai risiko menyimpan stok, hanya perlu mencari pelanggan sahaja dan semua urusan akan diproses oleh pihak coway.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau mencari pelanggan melalui kenalan terdekat, menyebarkan flayer, membuat promosi di taman – taman perumahan dalam linkungan 15 km dari kediannya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian