Nama : Mohd Zamri Bin Md Jusoh Umur : 34 Tahun Ahli : 18 April 2014 |
Latar Belakang
En Mohd Zamri sudah lama memulakan perniagaan ini secara sendirian tanpa mempunyai kedai. Dengan bermula modal hanya beberapa ratus sahaja beliau kini menjalankan perniagaan berasas perkhidmatan seperti One Xox, Tune Talk dan lain – lain.
Sehingga kini beliau masih menjalankan perniagaan dengan cara yang masih lama iaitu dengan mencari pelanggan hanya dengan kenalan sahaja.
Sebelum Penggunaan ICT
Perniagaan En Mohd Zamri bermula dengan ajakan kawan – kawan supaya boleh menambah pendapatan sampingan tambahan pula modal yang tidak besar.
Selepas Penggunaan ICT
Facebook merupakan alat medium yang utama ketika ini yang digunakan oleh en mohd zamri untuk membuat pengiklanan penuh masa kerana ia amat popular ketika ini.
En Mohd Zamri telah banyak kali hadir kelas yang di adakan oleh Pusat Internet Gua Musang untuk mempelajari selok belok tentang penggunaan facebook ini secara lebih mendalam lagi.