Nama  : Nik Azman Bin Nik Musa
Umur   : 42 Tahun
Ahli      : 1 Jan 2019

 

Latar Belakang

En Nik Azman memulakan perniagaan ini dengan menggunakan kemahiran yang diperolehinya setelah sekian lama bekerja dalam bidang berkaitan lebih dari 18 tahun. Bermula dengan berhijrah ke Kuala Lumpur, berkerja dengan banyak syarikat dan kompeni berkaitan kimpalan menjadikan pengalaman tersebut sebagai pencetus untuk berniaga sendiri jika berpeluang.

Namun dengan pengalaman dan modal yang ada, beliau kembali ke kampong halaman Gua Musang serta memulakan pernigaan ini secara kecil-kecilan dengan bermodalkan modal yang terhad. Dengan bantuan dan sokongan keluarga, sahabat dan kenalan, beliau dapat mengembangkan perniagaan dan boleh menyewa bengkel di Simpang Jalan Kg Pulai Gua Musang.

Sehingga kini, En Nik Azman dapat meneruskan perniagaannya dengan penambahan dari segi barang niaga dan mampu untuk bersaing serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

Sebelum Penggunaan ICT

Perniagaan En Nik Azman bermula apabila beliau sendiri sudah memahami selok belok ICT. Ketika sebelum ini, beliau tidak berani untuk membuka perniagaan sendiri kerana untuk mencari pelanggan serta pembekal yang terbaik memang keperluan ilmu ICT amat diperlukan.

Oleh yang demikian, sebelum beliau mahir dalam penggunaan ICT untuk perniagaan, beliau masih belum yakin untuk membuka perniagaan sendiri sebagaimana kejayaan yang dicapai pada hari ini. Kekangan masa dan persaingan dalam perniagaan juga menjadi halangan utama ketika sebelum mengenal ICT. Maka dengan masa yang ada tersebut beliau menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk mempelajari secara tidak langsung perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.

Selain itu, En Nik Azman dari segi pengiklanan dan target pelanggan yang sukar menjadikan kos yang tinggi untuk tujuan berkenaan jika tanpa ilmu ICT. Beliau tidak mahu menghabiskan kos yang sia-sia untuk pengiklanan yang boleh mendatangkan hasil. Namun penyelesaian En Sanusi boleh diselesaikan dengan penglibatan ICT dan Pusat Internet.

 

Selepas Penggunaan ICT

Beberapa perkara yang dilihat mampu memberikan kesan yang baik ke atas perniagaan beliau.

  1. Pengurusan Pembekal
  • En Nik Azman mempunyai senarai pembekal banyak serta berpeluang membuat pilihan yang terbaik bagi memaksimakan keuntungan pernigaaannya. Melalui carian di internet serta wujud pelbagai aplikasi dan kumpulan peniaga yang banyak, ini membuatkan perniagaan beliau melakukan kombinasi harga sebelum membuat sesuatu tempahan. Masa dan tenaga lebih jimat melalui carian di internet di platform yang terjamin sehahihannya.
  1. Pengurusan Pelanggan
  • Beliau mempunyai sasaran untuk memilih pelanggan mengikut kesesuaian produk yang dibekalkan.
  • Dalam masa yang sama iklan dapat disampaikan kepada pelanggan setelah mengenalpasti pelanggan melalui aplikasi-aplikasi yang tersedia khususnya penggunaan media social dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.

 

  1. Iklan dan Promosi
  • Tidak dapat dinafikan dengan penggunaan media social serta aplikasi yang pelbagai di internet dengan tujuan perniagaan memang kesannya amat memberangsangkan. Oleh yang demikian, pengurusan yang cekap dalam memastikan kelancaran iklan dan promosi ini dapat dipantau dengan lebih efektif.
  • Tidak ditinggalkan, kaedah manual masih lagi digunakan. Rakan sahabat sebagai penyambung lidah iklan merupakan asset besar dalam memperkembangkan perniagaan beliau.