Nama : Zairol Azman Bin Abdullah Umur : 47 Tahun Ahli : 24 Ogos 2019 |
Latar Belakang
Menjalankan perniagaan berpusat di Bandar Lama Gua Musang hampir lebih 10 tahun bermula awal tahun 2009. Merupakan seorang bekas tentera laut yang berkhidmat di Pangkalan tentera Laut Lumut Perak. Setelah tamat perkhidmatan, beliau mengikuti kursus pendawaian elektrik sebelum memasuki alam pekerjaan selepas pencen tentera.
Mula melakukan kerja-kerja pendawaian secara kecil-kecilan dan kadangkala juga cuba untuk melaksanakan kerja-kerja sub kontraktor dan megambil bahagian dalam tender-tender kerajaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja di sekitar Gua Musang, kadangkala meliputi kawasan luar dari Gua Musang yang bergantung atas permintaan pelanggan.
Alhamdulillah perkembangan perniagaan amat memuaskan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Peniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang datang ke kedai dan tempahan berdasar kepada kenalan sahaja. Pelanggan hanya terhad dan kerja-kerja juga tidak begitu banyak. Hanya di sekitar bandar Gua Musang sahaja.
Pergerakkan juga terhad dan perkhidmatan khusus untuk pendawaian sahaja. Jarang sekali mendapat tempahan perkhidmatan lain seperti service penyaman udara dan memperbaiki alatan mesin.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja tertakluk kepada pendawaian elektrik sahaja.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.