PRODUK KESIHATAN
Nama : Syed Azhar Bin Syed Alwi Umur : 46 Tahun Ahli : 5 Januari 2017 |
Latar belakang
Menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan melalui online market yang mana telah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan membina kumpulan kerja yang bersama-sama mengharungi perniagaan tersebut dari segi penjualan, taklimat ilmu perniagaan, bengkel-bengkel dan pemasaran. Diketuai oleh mereka yang berpengalaman dan mengambil tip serta langkah-langkah menjalankan perniagaan mereka dalam merealisasikan perkembangan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan produk kesihatan secara tradisional tanpa menggunakan teknologi kini amat menyukarkan khususnya dari segi mendapatkan pelanggan serta mempromosikan sesuatu produk. Kesukaran dalam menentukan produk yang diminati oleh pelanggan menyebabkan tersalah menyimpan stok yang akan merugikan peniaga. Selain itu, kaedah pembayaran dan status pembayaran juga lambat diterima jika masih menggunakan kaedah lama dalam perniagaan. Jadi usahawan akan menjadi ketinggalan dari sudut informasi dan pergerakan perniagaan menjadi lembab serta usahawan akan kurang yakin dengan perniagaannya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan urusan penjualan barang niaga sangat mudah diuruskan. Pernah juga mencuba sesuatu yang baru hasil daripada carian sendiri melalui internet, namun tanpa dorongan dan bantuan dari pihak pusat internet ianya sukar dicapai. Saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam perniagaan saya semoga ianya menjadi titik mula untuk saya mengembangkan lagi perniagaan saya