Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 24 mac 1952 bagi melaksanakan peruntukan akta perkhidmatan awam 1951. Dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan pula ditubuhkan pada 6 Ogos 1964 berpejabat di Wisma Persekutuan Kota Bharu (Aras 2) sehingga sekarang.
JPAM Kelantan sekarang diurus dan ditadbir oleh seorang Pengarah Negeri iaitu Lt. Kol (PA) Zainuddin bin Hussin. Bermula dengan menguruskan satu daerah sahaja iaitu Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu dan sekarang JPAM telah ditubuhkan di semua daerah di Kelantan iatu di Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang, Gua Musang, Tumpat, Tanah Merah, Bachok, Jeli, Pasir Mas, Rantau panjang dan Pusat Pertahanan Awam di Tunjong.

Semua Pejabat Daerah Pertahanan Awam dan pusat pertahanan ini diurus dan ditadbir oleh Pegawai Tetap Skim KP
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia :
- Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
- Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
- Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
- Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
- Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
- Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
- Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
- Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
Untuk Maklumat Lanjut
Facebook JPAM GUA MUSANG
No. Tel (Pej) : 09-9120723
No. Tel (Res-Q) : 09-9120722
No. Tel (Faks) : 09-9120721