View the embedded image gallery online at:
http://guamusang.naditm.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto/97-pertandingan-poster-kreatif-dakwah-digital-klik-dengan-bijak#sigFreeIdb0a2896db1KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Untuk makluman,
MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my atau datang ke Pusat Internet Terdekat dengan anda.